Nasional

Pemimpin DAP Marah Perzim Tukar Nama Bukit St Paul Kepada Nama Bukit Melaka

Seorang pemimpin DAP meluahkan rasa tidak puas hati apabila Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memasang papan tanda Bukit Melaka bagi menggantikan nama Bukit St. Paul.

Pemimpin DAP berkenaan, Allex Seah turut mengaitkan pertukaran nama itu berjaya dibuat kerana UMNO memang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tempoh hari.

Padahal usaha untuk menghapuskan jejak penjajah ini diusahakan oleh pihak-pihak yang cinta sejarah mengatasi batas politik yang membuatkan rakyat semakin hilang arah dan kepercayaan.

“BN menang besar PRN Melaka. Bukit St Paul TUKAR nama Bukit Melaka? Adakah nama Bukit Cina akan menjadi sasaran kemudian? Tiada benda lain yang lebih penting untuk dibuat daripada tukar nama?

“Masalah banjir semakin kerap, ribut angin berlaku setiap tahun, pokok besar tidak dicantas sehingga sini tumbang sana tumbang, lapangan terbang Melaka yang tiada kapal terbang, pembangunan ekonomi negeri Melaka, dll… TUKAR NAMA lebih penting daripada semua ini?” soal Allex Seah dengan nada bengang.

Dalam masa yang sama, Allex Seah juga dilihat sangat berharap janganlah nama Malaysia ditukar kembali kepada nama Malaya atau Tanah Melayu.

“Kenapa tiba-tiba nak cuba tukar nama St Paul Hill yang bersejarah dan telah lama dikenali oleh orang ramai dan pelancong dalam negeri dan pelancong luar negara?

“Tukar nama kemudian akan tarik ramai pengunjung ke Melaka? KEMUDIAN apa lagi? Nama A-Farmosa? Bukit St John? SMK St David?

“Nanti nama MALAYSIA entah ada ke tidak nak bangkit tukar nama kepada MALAYA atau TANAH MELAYU,” tulisnya Allex Seah panjang lebar mempertahankan ideologinya sebagai pemimpin kaum Cina di Tanah Melayu.

BACA JUGA> Tiada Lagi Nama St Paul, Kini Kembali Ke Nama Asal ‘Bukit Melaka’ Dengan Usaha Anak Melayu

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button