Nasional

Pemilik lesen B1,B2 boleh tukar ke B penuh

PENUNGGANG motosikal yang memegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B1 atau B2 kini boleh tukar ke B penuh hanya dengan bayaran RM160.
Tetapi mereka perlu mematuhi syarat boleh mendapatkan LMM Motosikal Kelas B bermula 1 Oktober ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, satu program khas peralihan akan diperkenalkan kepada pemegang LMM kelas B1 dan B2 untuk beralih dan mendapatkan LMM kelas B.
“Syarat-syarat bagi menduduki program peralihan ini adalah seperti berikut. Yang pertama, individu telah memegang LMM kelas B1 atau B2 secara aktif untuk tempoh berterusan minimum 10 tahun.
“Syarat ini bagi memastikan tahap kompetensi dan pengalaman pemanduan kenderaan motosikal bagi mana-mana individu sebelum beralih kepada motosikal berkuasa besar.
“Kita telah membuat keputusan bukan untuk mengehadkan umur, tetapi kepada tempoh pengalaman mereka iaitu sekurang-kurangnya mesti ada 10 tahun pengalaman membawa motosikal dalam kelas B2 secara berterusan,” katanya.
Selain itu, katanya lagi, pemohon juga hendaklah bebas daripada sebarang senarai hitam, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod sabitan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta 333. –SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button