pilihanPolitik

Pemilihan Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin wujud politik wang

“Saya kalah bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin disebabkan berlakunya politik wang dan ugutan kepada perwakilan,” demikian ujar Datuk Zaleha Bujang.

Menurut bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin itu lagi, pemilihan sayap itu dicemari politik wang daripada salah seorang daripda tiga calon yang bertanding jawatan tersebut Sabtu lalu.

Beliau juga turut mendedahkan selain politik wang, budaya memaksa perwakilan memilih seorang calon berlaku sewaktu proses pengundian dijalankan pada pemilihan sayap itu.

Katanya, ejen-ejen yang dilantik dalam kalangan penyelaras Wanita Dewan Undangan Negeri (DUN) berkempen bagi pihak seorang calon tetapi turut bertanding jawatan ahli jawatankuasa (AJK) bahagian.

“Saya telah menghantar surat bantahan kepada Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) di Tingkat 7 Menara Dato Onn tengah hari semalam.

“Saya turut mengemukakan bukti dalam bentuk audio perbualan dengan salah seorang perwakilan yang mengakui menerima wang daripada wakil calon agar tidak memilih saya sebaliknya memilih calon yang diinginkan untuk menang,” ujarnya di sini hari ini.

BACA >> Abang harap adik sesat di Bukit Beruang ditemui

Pada pemilihan sayap itu menyaksikan saingan tiga penjuru Sabtu lalu, Zaleha tewas mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin apabila memperoleh 27 undi.

Jawatan tersebut dimenangi Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Siti Nor Faizah Abd, Azis yang mendapat 294 undi dan seorang lagi calon, Rositah Othman pula mendapat 127 undi.

Jawatan Wanita UMNO Bahagian Jasin dimenangi Siti Nor Faizah Abd
Jawatan Wanita UMNO Bahagian Jasin dimenangi Siti Nor Faizah Abd

Mengulas lanjut Zaleha berkata, berdasarkan bukti yang ada beliau telah mengemukakan surat bantahan kepada JPU wujudnya politik wang dan budaya ugutan kepada perwakilan yang menjadi antara punca utama dia tewas dengan hanya memperoleh 27 undi.

Justeru beliau berharap kebenaran dapat ditegakkan kerana budaya politik wang tidak sepatutnya berlaku pada pemilihan sayap itu.

“Apa yang berlaku cukup jelas telah melanggar etika pemilihan parti dan tindakan sewajarnya perlu diambil agar ia tidak berulang pada masa akan datang,” ujarnya. – SM
.
Dapatkan berita Suara Merdeka dengan pantas terus ke Whatsapp anda.
>> Klik dan sertai Suara Merdeka sebelum tinggalkan halaman ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button