NegeriRencah Hidup

Pemikat burung cekal buru merbuk bersuara emas

ADA yang secara berseorangan, ada pula secara berkumpulan dan masing-masing menunggang motosikal sambil membawa umpama sebatang  galah yang hujungnya dipenuhi dengan rimbunan dedaunan.

Gelagat individu dan kumpulan ini memang nampak amat pelik bagi yang pertama kali terserempak dengan mereka.

Denak yang diletakkan dalam jebak menunggu untuk berlawan kokok dengan burung hutan.

Mana tidaknya, mereka ini akan duduk di atas motosikal sambil termenung dan sesekali mendongak ke arah pokok sehingga berjam-jam lamannya.

Rupa-rupanya inilah individu yang dipanggil sebagai pemikat burung yang aktif memburu spesis burung merbuk yang dikatakan bersuara emas.

Biasanya pemikat burung ini, mereka bergerak secara berkumpulan mencari pokok atau tempat yang  dikenalpasti mudah untuk diletakkan jebak atau jerat bagi memanggil burung hutan.

Di dalam jebak ada seekor denak (merbuk) telah sedia dilatih bagi memanggil burung hutan untuk mendekatinya dengan cara berlawan kokok sehingga masuk ke dalam perangkap yang telah dipasang.

Wartawan SUARA MERDEKA berkesempatan mendekati beberapa pemikat burung ini termasuk seorang pengamal perubatan tradisional, Proom Endin Kiu, 57, atau lebih dikenali sebagai Chong Bannat yang tinggal di Kampung Bannat, Arau, Perlis.

Chong Bannat seronok dengan hobi sebagai pemikat burung bagi mengisi masa lapang.

Beliau mengakui, hobinya adalah memikat burung.

“Sejak 10 tahun lalu saya mula berminat dengan hobi ini dan sehingga sekarang saya mempunyai lebih 20 ekor burung merbuk dan yang paling lama berusia lapan tahun,” katanya ketika ditemui di Kampung Alor Ara, Arau.

Chong berkata, sebagai pemikat burung, dia perlu membeli peralatan khas sahaja iaitu dalam kira-kira RM500 untuk galah, jebak dan sebagainya.

“Saya menggunakan seekor denak (burung merbuk) yang dilatih sendiri supaya ia berkokok dengan kuat bagi menarik perhatian burung hutan,” katanya.

Katanya lagi, biasanya dia akan keluar memikat  burung mulai jam 9 pagi sehingga 12 tengahari dan lazimnya, itulah yang dilakukan pada hujung minggu.

“Kadang-kadang tu, dalam setengah jam sudah boleh dapat burung tetapi ada juga hari-harinya yang saya pulang tanpa membawa apa-apa hasil,” ujarnya.

Shaharuddin sama seperti pemikat burung lain hanya bermotosikal sambil membawa galah jebak untuk mencari pokok bagi mengumpan burung hutan di Kampung Alor Ara, Arau, Perlis.

Sementara itu, Shaharuddin Hashim, 49, juga dari Mata Ayer, Arau mengakui, hobi pikat burung membawanya untuk ke luar daerah termasuk ke Kelantan dan Johor secara berkumpulan dengan bermotosikal untuk memburu merbuk.

“Membela merbuk ini menjadi satu keseronokan kerana dia akan mengeluarkan suara yang unik dan berbeza antara satu sama lain,” katanya yang mempunyai koleksi sebanyak 40 ekor burung merbuk.

Setakat ini Shaharuddin mempunyai seekor denak saja yang mampu “mengumpan” burung hutan.

Katanya, menjaga burung merbuk juga agak mudah kerana ia jarang dihinggap penyakit dan makanannya hanya “sambau”. – SM

BACA Kongsi minat, hobi melalui galeri – Raja Muda Perlis

BACA Terlalu obses, kumpul gambar dengan tong sampah jadi hobi

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button