Nasional

Pembunuh jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya kekal ke tali gantung

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan hukuman mati oleh bekas peguam, N. Pathmanabhan dan  pekerja ladang, T Thilaiyalagan yang dijatuhi hukuman mati atas kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.

Perkara itu diputuskan oleh panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Man bersama-sama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais sebulat suara memutuskan demikian selepas mendengar permohonan tersebut.

Seeorang lagi pemohon, iaitu R. Kathavarayan yang pada mulanya memfailkan permohonan semakan yang sama telah menarik balik permohonan tersebut.

“Mengguna pakai budi bicara kami dan merujuk kepada fakta-fakta kes, kami menolak permohonan semakan ini dan hukuman mati dikekalkan,” kata Hakim Tengku Maimun.

Semua perayu dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Mei 2013, selepas didapati bersalah membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pembantu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button