Pembubaran Parlimen tidak perlu disegerakan – Hadi
Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 30 September lalu sepakat memutuskan PRU15 perlu diadakan tahun ini juga.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga kemudiannya memberi bayangan akan membuat keputusan selari dengan MT UMNO itu.
Ura-ura Ismail Sabri untuk memuktamadkan keputusan pimpinan MT UMNO juga semakin kuat berlegar-legar apabila satu Perjumpaan Khas Presiden UMNO dan Perdana Menteri bersama sayap-sayap parti diadakan hari ini.
Perjumpaan tersebut adalah isyarat jelas PRU15 boleh diadakan bila-bila masa kerana hal tersebut dipercayai bagi mendesak diadakan segera pilihan raya umum.
Kemungkinan itu semakin jelas apabila hari pertama persidangan Dewan Rakyat semalam tertumpu kepada kesiapsiagaan agensi kerajaan dalam menghadapi kemungkinan bencana banjir. – SM