Nasional

Pemberian Vaksin Malaysia untuk remaja antara yang terpantas di dunia

MALAYSIA menjadi negara yang terpantas memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada remaja, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Menteri Kesihatan mengatakan dalam kurang dari dua bulan, 80 peratus remaja yang berusia antara 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Pfizer.

“Salah satu pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja terpantas di dunia, katanya melalui ciapan di Twitter hari ini.

Khairy turut menzahirkan tahniah kepada Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon yang sebelum ini dipertanggungjawab untuk mengendalikan pemberian vaksin untuk kumpulan berkenaan.

“Terima kasih, @DrNoorAzmi (Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali), @DrMahHS (Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon) dan semua orang di CITF-A. #LindungiDiriLindungSemua,” ciapannya di Twitter.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, setakat semalam, sebanyak 80.9 peratus remaja telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan 43.4 peratus telah lengkap divaksinasi.

Di samping itu, 235,607 dos vaksin Covid-19 dikeluarkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif dos yang diberikan di bawah PICK yang dilancarkan pada 24 Februari menjadi 48,673,215. -The Star – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button