MENTERI Kewangan yang juga merupakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bergerak dari pejabat di Putrajaya menuju ke bangunan Parlimen bagi pembentangan Belanjawan 2023. Pembentangan dijangka pada pukul 4 petang ini dan seluruh rakyat Malaysia dapat menyaksikannya secara langsung di kaca televisyen.
Anwar sebelum bergerak masuk ke kenderaan, menunjukkan BUKU RAHSIA yang mengandungi belanjawan negara yang mana ia disimpan kemas di dalam bag dokumen.
Rata-rata rakyat Malaysia menunggu apakah belanjawan yang akan dibentangkan oleh Anwar dalam keadaan kos sara hidup meningkat dengan harga barangan mahal dan memaksa rakyat jelata berhemah dalam perbelanjaan.
Bagi penjawat awam, awal-awal lagi menerusi CEUPACS, mereka mahukan kenaikan gaji supaya puchasing power atau kuasa beli di tangan meningkat dan tidak mengekang daripada berbelanja.
Para penganalisis ekonomi juga sibuk membuat percaturan dan melontarkan pandangan serta pendapat masng-masing tentang bajet yang bakal dibentangkan pada petang ini.
Golongan usahawan dalam talian tentunya ternanti-nanti apakah peruntukan atau pun bantuan yang akan dihulurkan kepada mereka untuk bukan sahaja menstabilkan perniagaan dalam talian tetapi juga mengembangkan perniagaan yang dijalankan.
Sama-sama kita nanti Pembentangan Belanjawan 2023, pukul 4 petang ini. – SM