HiburanJenayah

Pembantu Peribadi ada motif bunuh aktres Thailand, Tangmo

KEMATIAN aktres Thailand, Tangmo yang tercampak keluar dari bot yang dinaiki bersama empat yang lain di Sungai Chao Praya baru-baru ini, disiasat polis.

Berdasarkan ciapan bebenang di Twitter, menurut ibu mangsa, anak perempuannya itu pandai berenang dan mustahil mangsa mati lemas.

Berdasarkan ciapan, suspek utama yang dikaitkan dalam insiden itu ialah pembantu peribadi Tangmo.

Dia adalah orang yang paling hampir dengan mendiang Tangmo.

Satu lagi bebenang ciapan Twitter, hantaran berbunyi “Jika kawan saya meninggal dunia, saya juga kehilangan sumber pendapatan. Anda harus faham di sini,” catat Kratik yang bercerita tentang kematian dan kehilangan rakan baiknya, Tangmo.

Ada juga yang bertanya, mengapa Kratik tidak menghubungi ibu Tangmo sejurus kejadian malang itu berlaku?

Jawab Kratik, “ibu dia bukan penyelam skuba (scuba diver). Saya tak tahulah mengapa saya perlu menghubungi ibu Tangmo.”

BACA PAUTAN DI BAWAH:

https://suaramerdeka.com.my/mayat-aktres-thailand-ditemukan-terapung-di-sungai-chao-praya/

Menurut Kratik, dia merindui anak-anaknya, pulang ke rumah Tangmo. Dia juga mengakui, memandu kereta Tangmo.

Pada keesokkan harinya, kata Kratik dalam hantaran di Twiternya, dia tidak terfikir pun untuk melaporkan kejadian yang berlaku ke pihak polis.

“Saya tidak tahu nak pergi ke mana. Dalam fikiran saya, Tangmo akan pulang ke rumah. Jadi, saya menanti kepulangannya di rumah,” katanya.

Sementara itu, berbalik kepada ciapan ibu mendiang Tangmo, beliau mendakwa, ada yang membocorkan perbualan yang berlaku di atas bot yang dinaiki anaknya.

“Tangmo (Mo) didera secara mental dan fizikal. Dia dimaklumkan, akan pergi untuk makan malam tetapi sebaliknya, dia dibawa menaiki bot dan lain pula hal yang berlaku.

“Mo menyindir seolah-olah dia dilacurkan,” kata ibu Tangmo. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button