Nasionalpilihan

Pembantu penyelia mengaku tidak bersalah langgar atlet kayak negara

SEORANG pembantu penyelia sebuah kilang mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengaku di bawah pengaruh alkohol dan melanggar atlet kayak negara.

Tertuduh, R Dinesh, 31, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini dan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa memandu kereta Toyota Vios dengan kadar kandungan alkohol dalam badan sebanyak 178 miligram/100 milimeter, 50 miligram melebihi had, daripada had ditetapkan iaitu 128 miligram/100 milimeter sehingga menyebabkan kecederaan kepada Siti Nurul Masyitah Md Elias, 22.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kilometer 3.5 Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL), di sini pada jam 4.19 petang, 11 Mei lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 44(1A)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987, di mana jika sabit kesalahan boleh hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM50,000 selain hilang kelayakan memandu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button