Politik

Pembangkang harus ada idea lebih baik, bukan sekadar tularkan gambar lama

PEMBANGKANG Seharusnya mempunyai idea yang lebih baik berbanding tindakan menularkan gambar lama Perdana Menteri dijamu kerabat diraja Qatar atau menggunakan helikopter yang telah wujud sejak 2021 dalam lawatan beliau ke Port Dickson baru baru ini, sebagai isu besar.

Menurut Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, percubaan penyokong pembangkang memainkan isu ‘pembaziran’ pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya memakan diri mereka sendiri.

“Saya lihat pembangkang (dalam kritikan mereka) dah tak ada modal, menyebabkan mereka terdesak menggunakan serangan politik murahan dan bankrap idea

“Yang harus difokuskan ketika ini ialah isu dasar dan kepentingan rakyat

“Kebetulan negara sedang siap sedia pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri. Tetapi kita tak dengar suara pembangkang memberikan komen yang produktif atau konstruktif ke arah penyediaan atau cadangan idea mengenai belanjawan ini,” kata Shamsul seperti yang dipetik dari Suara Keadilan.

Katanya, pemimpin pembangkang yang beberapa bulan lalu adalah adalah Menteri Kerajaan Persekutuan seharusnya tampil bersama idea atau cadangan untuk Belanjawan 2023, dalam usaha secara kolektif memulihkan ekonomi negara.

“Kalau dikatakan mereka tak ada pengalaman, mereka pernah jadi kerajaan. Sewajarnya Ketua Pembangkang atau Presiden Bersatu yang pernah jadi PM melontarkan kritikan terhadap dasar kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar

“Misalnya idea masyarakat Madani itu tidak diberikan pandangan oleh mereka,” katanya.

Oleh itu, kata beliau, pembangkang dan penyokong mereka seharusnya lebih bijak dalam mengkritik. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button