NegeriTravel

Pemangku Raja Perlis, Raja Puan Muda berkenan lawat Caffe Diem di Jejawi

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia, tiada siapa yang tahu. Apabila Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat bagi meninjau sempena pembukaan Caffe Diem di Jejawi, Arau, Perlis baru-baru ini, ia adalah suatu perkara yang membanggakan dan amat menggembirakan.

Atas keprihatinan Tuanku terhadap ekonomi rakyat maka Baginda dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah berkenan berangkat ke Caffe Diem dan disambut oleh Pengarah Urusan Encomas Sdn Bhd & Caffe Diem, Datuk Rick Cheng Wooi Seong.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dipersembahmaklum mengenai operasi Cafe Diem oleh Rick di Jejawi, Arau.

Untuk makluman, Caffe Diem Jejawi merupakan kafe ketiga yang dibuka oleh Kumpulan Encomas dan yang pertama dibuka di Perlis dan pastinya menggamit komuniti setempat untuk cuba menikmati apa yang disajikan di Cafe Diem di Jejawi ini.

Pembukaan Caffe Diem pertama di Pekan Cina, Alor Setar, Kedah pada tahun 2014 dan lokasinya di dalam sebuah bangunan warisan dan reputasi Caffe Diem ini amat bagus, bahkan boleh diukur menerusi beberapa anugerah antarabangsa yang diperoleh.

Melebarkan sayap perniagaan, seterusnya pembukaan Diem Bakery pada tahun 2019 dan kali ini, ia terletak di seberang jalan daripada Caffe Diem di Alor Setar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan diiringi Rick (kanan) meninjau Cafe Diem di Jejawi, Arau.

Kafe baharu ini yang terletak di Hotel All In di Jejawi, Arau, Perlis bukan sahaja menyajikan minuman kopi tetapi juga ada dijual roti, pastri, kek, pencuci mulut serta makanan ‘fusion’.

Antara yang menjadi kegemaran pengunjung dan kiranya wajib beli ialah ‘coconut cream latte’, kek ‘lemon poppy seed’, ‘cheese fries’, ‘smoke duck pasta’ dan nasi lemak Caffe Diem.

Caffe Diem Jejawi dibuka mulai semalam (23 Julai) dan beroperasi mulai jam 8 pagi hingga 10 malam.

Sementara itu, Rick Cheng semasa mempersembah maklum kepada Pemangku Raja dan Raja Puan Muda berkata, All In Hotel adalah rangkaian hotel butik pertama yang berpangkalan di Perlis.

Katanya, hotel serba baharu ini menggunakan falsafah reka bentuk kontemporari dan disulami dengan persekitaran yang selesa lagi bersih untuk penginapan para pelanggan.

Beliau turut mempersembahkan ucapan menjunjung kasih kepada Baginda berdua yang sentiasa memberikan sokongan kepada industri pelancongan di negeri ini dan juga di atas kesudian Baginda berdua berangkat ke Caffe Diem dan Hotel All In di samping memberi cadangan kepada beberapa penambahbaikan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajag Lailatul Shahreen bersama pengurusan dan kakitangan Cafe Diem di Jejawi, Arau, Perlis.

Pada kesempatan yang sama, Tuanku Syed Faizuddin Putra menzahirkan tahniah di atas konsep yang diketengahkan oleh Caffe Diem dan juga Hotel All In.

Baginda berharap agar perniagaan hotel dan kafe di Perlis akan terus maju dan dapat menarik lebih ramai lagi pelancong dalam dan luar negara dengan mempamerkan keunikan masing-masing terutama dalam mempersiapkan negeri Perlis ini sebagai tuan rumah yang hebat bagi kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2025 nanti. – SM

BACA Pentingnya pelaksanaan sekuriti makanan negara – Pemangku Raja Perlis

BACA Barisan hadapan gembira dapat burger angus disampaikan Pemangku Raja Perlis

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button