Nasional

Pemangku Raja Perlis titah masyarakat elak daripada kegiatan subversif

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar semua pihak mengekalkan keamanan sejagat dan mengelakkan sebarang propaganda subversif yang mampu menganggu gugat ketenteraman dan keselamatan awam.

Titah Tuanku Pemangku lagi, terdapat keadaan di mana sesuatu berita negatif yang tidak tepat disebarkan kepada khalayak dan mudah menyebabkan berlakunya kebimbangan awam.

Demikian titah Baginda selepas berkenan berangkat ke Pejabat Suruhanjaya Tinggi Nigeria di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin Putra disambut oleh Kaunselor Kanan Suruhanjaya Tinggi Republik Nigeria ke Malaysia, Yusuf D Mustafa dan Pegawai Atase Imigresennya, Abubakar I. Zuwaida.

Mengiringi Baginda, Mufti Perlis, Prof. Datuk Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Titah Tuanku Pemangku Raja lagi, ‘Keamanan dan keselamatan merupakan kunci dalam memastikan kehidupan warga sejagat yang harmoni dan bahagia sekaligus akan membawa kepada matlamat pembangunan mampan’.

“Kehidupan yang sempurna tidak akan dapat tercapai sekiranya nikmat keselamatan dan keamanan tidak diperolehi, justeru seluruh warga sejagat perlu berada pada ‘titik sama’ iaitu bersetuju mempertahankan kestabilan sesebuah negara.

Tuanku Syed Faizuddin Putra meluangkan masa mendengar persembahan taklimat berkaitan negara Nigeria dan hubungan dua hala bilateral dengan Malaysia sama ada dari sudut ekonomi, perdagangan, kebudayaan dan politik global.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button