Acara

Pemangku Raja Perlis seru semua pihak menterjahkan semangat patriotik dalam semua aspek

PADANG BESAR 2 Sept. – Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru agar semua rakyat negeri Perlis untuk sama-sama menginterpretasikan semangat patriotisme dan cintakan negara melalui pelbagai aspek pemikiran, integrasi, sosial dan ekonomi.

Baginda bertitah, nilai-nilai ini secara tidak langsung akan membentuk satu penyatuan rakyat yang kukuh, harmoni dan progresif bagi melambangkan kesejahteraan secara holistik.

“Semua anggota masyarakat juga diseru untuk sentiasa fikirkan hal-hal yang paling hebat, dan InsyaAllah kita menjadi terhebat. Tetapkan minda pada hal tertinggi dan inshaAllah kita semua akan mencapai yang tertinggi”, titah Tuanku Pemangku Raja lagi.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas berkenan berangkat menghadiri program Hijrah Minda yang telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang berlangsung di Masjid Nurul Saadah Banggol Sena, Mata Ayer.

Baginda diiringi sama anakanda yang juga Waris Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Sempena program tersebut, Baginda turut berkenan untuk menyempurnakan penyampaian bantuan kepada 20 orang asnaf terpilih dari Anak Kariah Banggol Sena dan menerima bantuan wang tunai sebanyak RM700 setiap seorang dengan jumlah penuh kali ini RM14,000 dari MAIPs.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button