Sukan

Pemangku Raja Perlis sempurnakan pertandingan golf datuk-datuk Perlis

NILAI – Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah ‘Kejohanan Golf JDDPs 2024’ Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-81 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail anjuran Jemaah Datuk-Datuk Perlis (JDDPs) di Nilai Spring Golf and Country Club, Nilai, Negeri Sembilan.

Turut diadakan ialah Pertandingan Golf Persahabatan Antara Jemaah Datuk-Datuk Perlis dengan Majlis Orang-orang Besar Diraja Kelantan (MOBDK).

Keberangkatan tiba Tuanku Syed Faizuddin Putra disambut oleh Presiden Jemaah Datuk-Datuk Perlis (JDDPs), Mejar Jeneral Datuk Hussin Md. Tahak dan Timbalan Presiden, Profesor Emeritus Datuk Dr. Haji Kamarudin Hussin.

Pertandingan golf amal itu telah disertai oleh 16 orang pemain bagi pasukan JDDPs dan 16 lagi bagi MOBDK. Manakala bagi kategori Terbuka pula melibatkan seramai 35 orang pemain dari seluruh negara.

Tuanku Pemangku Raja Perlis turut meluangkan masa beramah mesra bersama para peserta yang terlibat pada kejohanan edisi kali ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button