Alam Sekitar

Pemangku Raja Perlis rasmi Tapak Nakawan Glamping

Pemangku Raja Perlis, Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan perasmian Tapak Nakawan Glamping yang terletak di kawasan tapak perkhemahan ‘Nakawan Glamping’ di Kompleks Ekopelanconagn Sungai Batu Pahat dan menanam pokok Kelat pucuk merah untuk menjayakan program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Baginda turut mengadakan lawatan di sekitar tapak glamping yang telah siap pada penghujung tahun 2023. Sebanyak 5 buah glamping telah tersedia dilengkapi katil, almari, set kerusi meja dan penghawa dingin.

Keberangkatan Baginda tersebut adalah bersempena program Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Tuanku Raja Perlis Ke-81 dan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis 2024 yang diadakan pada 24 sehingga 26 Mei 2024.

Menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Ag. Shaffie bin Ag. Ahmadni ‘Misi program ini adalah bagi mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan diadakan aktiviti penanaman pokok oleh peserta Kayuhan Hijau dan para sukarelawan disetiap hentian kayuhan di setiap negeri yang dilalui dan mempromosikan kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 di setiap lokasi laluan oleh pasukan promosi dengan mengedarkan risalah dan promosi lokasi tarikan pelancong, pakej-pakej dan kalendar acara kempen ini’.

Tambah beliau, ‘Misi lain termasuklah menggalakkan program-program bercorak memperkukuh perpaduan dan integrasi nasional dengan mengadakan aktiviti perpaduan melibatkan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) dan Tabika Perpaduan di hentian terpilih dan menyemai gaya hidup sihat dan cergas kepada masyarakat Malaysia melalui aktiviti kayuhan ke arah melahirkan bangsa Malaysia yang sihat dan cergas’.

Untuk rekod, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis turut menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Nadi Sihat, Kerajaan Negeri Perlis, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan-Jabatan Perhutanan Negeri iaitu Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, W.P Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah bagi menjayakan program ini.

Program diketuai Tuanku Pemangku Raja itu disekalikan dengan Kayuhan Hijau dan Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Sungai Batu Pahat.

Kayuhan amal itu turut disertai oleh ketua-ketua jabatan dan agensi Negeri serta Persekutuan bagi menyantuni dan menyalurkan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Antara lokasi yang turut disinggahi ialah Taman Ular Dan Reptilia serta Trek Motor Cross yang baharu siap dinaiktaraf kedua-duanya di Sungai Batu Pahat.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs berkenan untuk menyempurnakan sumbangan MAIPs berupa wang tunai RM 700, Kits MAIPs Peduli dan beras fidyah sebagai usaha bagi meringankan beban penerima.

Asnaf yang terpilih pada kali ini adalah Che Razila Che Abu, 39 tahun dari Jalan Simpang Tiga Sungai Batu Pahat, Yusof Hashim, 55 tahun dari Kampung Hutan Ketiau dan Mahmud Muhammad Salleh, 39 tahun juga dari Kampung Ketiau.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button