Acara

Pemangku Raja Perlis ingatkan projek pembangunan perlu patuh garis waktu

ARAU 14 Ogos – Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan hasrat agar sebarang rancangan kerja atau aktiviti pembangunan di Perlis haruslah menepati segala piawaian yang telah ditetapkan dan paling utama sekali, menepati setiap garis masa yang telah ditetapkan.

Budaya kerja melengah-lengahkan masa, tidak sensitif kepada ‘deadline’ serta tiada ‘sense of urgency’ dalam melaksanakan sesuatu amanah atau tanggung jawab yang diberikan tidak boleh lagi diterima dalam era sekarang ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian ketika berkenan berangkat menerima sembah mengadap oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perlis, Ir. Norikhwan Abu Seman di Galeri DiRaja Arau baru-baru ini.

Ir. Norikhwan menyembah maklum status terkini persediaan daripada pihak JKR bagi Sambutan Jubli Perak sempena 25 tahun pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang akan berlangsung pada April dan Mei tahun hadapan.

Ir. Norikhwan Abu Seman telah memulakan tugas sebagai Pengarah JKR Negeri pada 19 Jun 2024 yang lalu bagi menggantikan Ir. Mohd Shahril Mohd Said yang telah dinaikkan pangkat dan bertugas sebagai Jurutera Awam Penguasa Kanan di Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Pengarah JKR yang baharu itu turut diiringi sama oleh Arkitek Kanan Bahagian Arkitek JKR Perlis, Mohd Suhaili Ismail.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button