KemalanganNasionalNegeri

 Pemandu van maut rempuh kedai runcit

SEORANG lelaki maut selepas van dipandunya merempuh sebuah kedai runcit dalam kejadian di Kampung Simpang 5, Parit Buntar, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa dikenali sebagai Ezrul Azmi, 33, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 8 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, kita dapati berlaku kemalangan membabitkan van pekerja yang merempuh kedai runcit.

“Ia menyebabkan mangsa iaitu pemandu, tersepit di tempat duduk,” katanya menurut laporan Astro Awani.

Menurut beliau lagi, mereka menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum menyerahkan mayat kepada polis untuk tindakan lanjut. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button