Sukan
Pemanah Turki menang emas memanah lelaki di Olimpik Tokyo
PEMANAH Turki, Mete Gazoz mengalahkan Mauro Nespoli dari Itali 6-4 untuk pingat emas individu memanah lelaki di Sukan Olimpik Tokyo pada hari Sabtu.
Pemain berusia 22 tahun itu mencatat 29 mata dalam set penentuan berbanding 26 oleh Nespoli, pemenang emas di London 2012, ketika keduanya seri 4-4.
Ini adalah emas pertama untuk Turki di Tokyo, dan Gazoz menjadi satu-satunya pemanah bukan Korea Selatan yang berada di puncak podium dalam sukan ini.
Takaharu Furukawa dari Jepun mengalahkan Tang Chih-Chun dari Cina Taipei 7-3 untuk gangsa.