PASUKAN memanah recurve wanita negara mendapat tempat dalam Olimpik Paris 2024 secara merit apabila mereka meraih perak pada kelayakan akhir Olimpik Archery In Paris di Antalya, Turkiye, pada Jumaat.
Ketiga-tiga pemanah, Ariana Nur Dania Zairi, Nurul Azreena Fazil dan Syaqiera Mashayikh layak secara merit dengan mara ke perlawanan akhir kelayakan, di mana mereka tewas tipis dengan margin 4-5 kepada Yang Xiaolei, Li Jiaman dan An Qixuan dari China.
Terdahulu, mereka menewaskan pemain Colombia Ana Maria Rendon, Valentina Acosta Giraldo dan Maira Sepuldiva 6-0 pada suku akhir, dan mara ke separuh akhir di mana mereka mengatasi pemain Great Britain Megan Havers, Bryony Pitman dan Penny Healey dengan kelebihan 5-3. .
China mara ke final dengan menewaskan Taiwan 6-2.
Sebelum ini, Ariana Nur Dania mengesahkan kelayakan individunya ke Sukan Olimpik dalam acara recurve wanita dengan memenangi emas pada Kejohanan Kelayakan Benua Asia di Bangkok November lalu.
Sukan Olimpik 2024 akan berlangsung di Paris dari 26 Julai hingga 11 Ogos.- SM