Pelarian Rohingya: Kemanusiaan penting, tetapi ada batasnya
APA yang didedahkan oleh Presiden Persatuan Rohingya Kedah/Perlis, Yussof Ali baru-baru ini agak menggusarkan.
Menurutnya, terdapat lebih 1.5 juta pelarian Rohingya di Kem Tahanan Cox’s Bazar di Bangladesh sedang menunggu masa untuk lari ke Malaysia.
Pada waktu genting ini, kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia adalah yang paling utama. Oleh itu, tindakan pihak berkuasa tidak membenarkan pelarian Rohingya masuk ke dalam negara pada adalah sangat tepat.
“Pada 17 April lalu, TUDM dan TLDM berjaya menghalang sebuah bot yang membawa 200 pelarian Rohingya daripada memasuki negara.
“Walaupun kita tidak membenarkan mereka masuk, atas dasar kemanusiaan, kita membekalkan mereka makanan dan ubat-ubatan.
“Malaysia merupakan negara yang sangat pemurah kepada warga asing, khususnya pelarian. Meskipun kita tidak meratifikasi Konvensyen Pelarian 1951 atau Protokol 1967, kita memberi perlindungan kepada PATI yang mendapat status pelarian oleh Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR),” kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris..
Katanya, sehingga penghujung 2019, direkodkan seramai 153,391 PATI pemegang kad UNHCR dari Myanmar berada di Malaysia.
“Kegusaran dan aduan rakyat kita terhadap kesan lambakan mereka mesti diambil berat.
“Apa sekalipun kerajaan mesti segera bertindak dalam hal ini terutamanya berhubung mengekang penularan wabak Covid-19,” kata Wan Muhammad Azri..
Katanya, majikan yang mengupah pelarian Rohingya perlu bekerjasama memastikan kesemua berdaftar dan direkodkan sebagai pemegang kad UNHCR. Ini penting untuk memudahkan kita mengesan mereka.
Kerajaan juga katanya, perlu menyegerakan proses semakan semula dan pembaikan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 23 (Mekanisme Pengurusan Pendatang Asing Tanpa Izin Yang Memegang Kad UNHCR) sebagai garis panduan kepada kementerian dan agensi terlibat.
“Kerajaan juga perlu mempunyai kuasa menentu sah taraf pelarian di Malaysia, bukan hanya ditentukan oleh UNHCR semata-mata. Ini kerana, negara kita yang menanggung pelarian, bukan PBB.
“Seterusnya nanti, undang-undang khusus mengenai pelarian juga perlu digubal. Akta ini kelak membolehkan kita menghantar kembali mereka ke negara asal.
“Akhir sekali Saya minta pihak kerajaan jangan ALPA dengan kebanjiran warganegara China di Malaysia yang mana sehingga ke hari ini tidak diketahui berapakan jumlah mereka warga China yang masuk, tetapi tidak kembali ke negara asal.
“Isu sindiket penjualan kad pengenalan kepada warga China juga amat membimbangkan rakyat dan sudah pasti penguatkuasan atas pekara ini perlu dipertingkatkan demi keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya. -SM