NegeriPolitik

Pelantikan Exco “Perlis Baharu” esok bakal ada perubahan?

ESOK pagi, 16 November, akan berlangsung majlis Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis di Bilik Hijau, Istana Arau, Arau, Perlis.

Apa yang menjadi persoalan, adakah kerajaan negeri, Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli ini akan terus bersama dengan kesemua barisan Exco pertamanya yang dilantik pada 25 Disember tahun lalu?

Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik itu terdiri daripada empat Exco dari Pas dan dua lagi dari Bersatu.

Ia melibatkan Muhammad Azmir Azizan (Pas), Fakhrul Anwar Ismail (Pas), Izizam Ibrahim (Bersatu), Megat Hashirat Hassan (Bersatu), Wan Badariah Wan Saad (Pas) dan Razali Saad (Pas).

Sebanyak 33 portfolio telah dipertanggungjawabkan kepada kesemua Exco ini di mana Menteri Besarnya pula memegang enam portfolio.

Bagaimanapun, ketika diajukan soalan pada satu majlis pada 4 November lalu mengenai perubahan yang bakal berlaku pada pelantikan Exco nanti,  Menteri Besar Mohd Shukri enggan mengulas.

“Saya tidak tahu lagi dan tidak pasti tapi tunggulah pada hari pelantikan nanti,” ujarnya walaupun beberapa kali  didesak.

Bagaimanapun yang pasti desas-desus perubahan Exco memang sedang bertiup kencang di Perlis.

Para pemerhati politik juga yakin akan berlaku perubahan pada pelantikan Exco kali ini tetapi siapa bakal disingkir dan siapa “orang baharu” yang akan dilantik masih terus menjadi teka-teki.

Walaupun nama-nama ini telah menjadi sebutan tetapi keputusan muktamad di tangan Menteri Besar.

Sekalipun sukar membuat keputusan ini, pastinya Mohd Shukri telah membuat pertimbangan yang wajar bagi memastikan barisan Exconya kali ini bertambah mantap bagi menjayakan “Perlis Baharu.

Jika ada yang bakal “dicicirkan” pastinya bersebab.

Pastinya yang bakal menggantikan ini sama ada seorang atau dua lagi Exco akan dapat memperkemaskan lagi pentadbiran negeri ini.

Sekalipun telah ada nama-nama yang disebut ini dan bakal menjadi kenyataan, maka diharapkan tenaga muda ini bakal bekerja lebih kuat bersama barisan Exco yang kekal bagi memastikan kerajaan PN benar-benar dapat menambat hati rakyat. – SM

BACA Barisan Exco diperkecil bagi tingkat prestasi, kerja lebih kuat – MB Perlis

BACA 15 ADUN Perlis angkat sumpah jawatan 19 Disember

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button