Luar Negara

Pelancong China dikecam kerana melastik Badak Air di Zoo !

SEORANG pelancong dari China telah menerima kecaman ramai selepas bertindak melastik seekor badak air  dalam kejadian di sebuah zoo di Thailand, lapor akhbar Metro UK. Kejadian itu berlaku di Zoo Terbuka Khao Kheow, wilayah Chonburi, baru-baru ini.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan pelancong tersebut menggunakan getah lastik untuk melancarkan ‘serangan’ ke arah kandang yang menempatkan seekor badak air pigmi bernama Moo Deng. Beberapa pelancong lain yang bersama dalam kumpulan tersebut hanya ketawa, seolah-olah tidak menyedari tindakan itu berbahaya dan tidak berperikemanusiaan.

Seorang saksi, Patcharida Chueakhamhod, yang turut merakam kejadian tersebut, berkata: “Saya melihat pelancong China itu melastik haiwan di zoo. Pada mulanya, saya tidak percaya apa yang saya lihat. Namun, setelah melihat dengan lebih teliti, saya menyedari dia menggunakan lastik. Saya merakam perbuatannya sebagai bukti.”

Penjaga zoo yang dikenali sebagai Moo Deng, menjelaskan bahawa beberapa ahli kumpulan tersebut turut mengambil tanah dan batu kecil untuk digunakan sebagai ‘peluru’ bagi lastik tersebut. “Kami akan mengeluarkan surat amaran kepada syarikat pelancongan yang membawa mereka. Saya juga akan membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya.

Susulan kejadian ini, pihak pengurusan Zoo Khao Kheow telah mengharamkan penggunaan lastik di kawasan zoo sebagai langkah pencegahan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button