Nasional

Pelan pemulihan negara perlu dipercepat – Muhyidin

PELAKSANAAN Pelan Pemulihan Negara (PPN) perlu dipercepat berikutan kerajaan terpaksa menanggung pelbagai kos yang terlalu tinggi sejak pandemik COVID-19 melanda negara bermula tahun lalu.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata menjadi harapannya PPN yang diperkenal sebelum ini dapat dilaksana mengikut perancangan awal.

Jelasnya, proses berkenaan tidak boleh ditangguh kerana kerajaan menanggung kos yang terlalu mahal dalam tempoh setahun lalu.

“Apa yang penting adalah kita hendak lihat proses pemulihan itu cepat, tidak boleh tangguh kerana kita telah tanggung kos yang terlalu mahal dalam tempoh setahun yang lepas disebabkan pandemik.

“Walaupun masalah pandemik masih ada, kini lebih agak terkawal kerana vaksin adalah jawapan dalam mengurusnya, sebab itu kita kena usaha seberapa yang baik untuk menangani masalah yang berbangkit,” katanya pada sidang media di Langkawi.

Terdahulu beliau menghadiri Sesi Dialog Bersama Pengusaha Hotel, Inap Desa, Kereta Sewa dan Pemandu Teksi di Pulau Langkawi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button