Nasional

Pelaksanaan warga emas walk-in ambil vaksin diumum kelak

BADAN Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) akan memaklumkan tarikh pelaksanaan vaksinasi secara walk-in kepada warga emas di Selangor dan Kuala Lumpur.

CITF dalam satu kenyataan berkata, tempoh masa diperlukan bagi membolehkan perancangan inisiatif tersebut dimuktamadkan.

Perancangan termasuk urusan logistik serta penghantaran bekalan stok vaksin di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Sama penting ialh merancang susunan waktu inisiatif walk-in ini untuk mengelakkan kesesakan di PPV terutamanya bagi warga emas ketika jumlah kes jangkitan Covid-19 yang semakin tinggi.

“Oleh itu orang ramai berusia 60 tahun ke atas bersama pengiring mereka yang tidak mempunyai janji temu vaksinasi diminta untuk tidak hadir ke mana-mana PPV sehingga maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memberitahu warga emas di Lembah Klang yang belum menerima vaksin akan dibenarkan mendapatkan suntikan secara walk-in tanpa memerlukan janji temu di mana-mana PPV tidak lama lagi.

Langkah itu diambil kerana data menunjukkan masih ada lagi warga emas yang masih belum disuntik.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button