NasionalUncategorized

Pelajar UPSI rai pelajar berbangsa India sempena Deepavali

Perayaan Deepavali disambut secara meriah tetapi sederhana di seluruh negara kerana masih berhadapan dengan norma baru endemik. Meskipun sambutan perayaan besar masyarakat Hindu ini dirai selama sehari, terdapat sekumpulan pelajar kampus tiak pulang ke pangkuan keluarga, sebaliknya meraikan di kampus saja.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) misalnya, mengambil inisiatif meraikan seramai 23 orang mahasiswa beragama hindu yang tidak pulang ke kampung dengan menyerahkan bungkusan makanan oleh Majlis Perwakilan Pelajar sempena Sambutan Hari Deepavali pada hari ini.

Menu-menu bungkusan lazat antaranya Nasi Beriani, Ayam Berempah, Kuih Masala Vadai, Sagu Gula Melaka dan minuman menjadi juadah sajian disampaikan oleh Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar, Mohd Azraai Arifin diiringi oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar, Nur Shafiq Iqwan Shafiruddin di Pusat Pelajar, KSAS, UPSI pagi tadi.

Menurut Nur Shafiq Iqwan, inisiatif tersebut dilaksanakan bertujuan meraikan pelajar yang tidak dapat pulang ke kampung kerana kebanyakan pelajar semester akhir yang rata-ratanya baru saja pulang ke kampus sejak kebenaran oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Sebagai sebuah majlis yang mewakili mahasiswa, MPP UPSI prihatin dengan sokongan kebajikan warga mahasiswanya. Diharapkan dengan perkongsian sumbangan makanan ini mampu mengubat kerinduan mahasiswa kepada keluarga di kampung selain merapatkan hubungan antara MPP dan warga mahasiswa secara umumnya,” katanya. -SM

Mohd Azraai Ariffin (kiri sekali) menyerahkan bungkusan makanan kepada salah seorang pelajar diiringi Nur Shafiq Iqwan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button