Teknologi

Sejarah tercipta, karya NFT “Sang Saka” terjual pada nilai RM45K di Pentas.io

LAMAN Pentas.io merupakan platform tempatan yang menfokuskan kepada jual beli karya non-fungible token (NFT).

Terbaru, sebuah karya NFT iaitu Sang Sangka #001 telah mencipta sejarah apabila berjaya terjual dengan nilai 20BNB di platform Pentas.io.

Kadar pertukaran semasa 1BNB sekitar RM2,290, ini menjadikan karya tersebut bernilai RM45,800.

Jualan ini menjadi penanda aras baru pada platform tersebut dan sekali gus dapat meningkatkan nilai karya yang terjual dengan penyertaan pembeli dengan nilai tinggi.

Selain itu, jualan tersebut bukan sahaja menguntungkan pihak pengkarya tetapi dapat membuka mata orang ramai terhadap kreativiti pengkarya NFT tempatan.

Pengkarya asal Sang Saka telah meluahkan rasa gembiranya atas pembelian tersebut di Twitter @Konfederasi.MY.

Selain Sang Saka, terdapat juga karya menarik diterbitkan setiap hari dan sekitar 869 NFT dimuat naik setiap hari secara purata di platform tersebut. -SM

(Visited 680 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button