Pelajar universiti dibiarkan kelaparan selama 24 jam minta maaf kepada pengurusan kampus
PELAJAR universiti yang viral kerana kelaparan selama 24 jam semalam memohon maaf kepada pihak pengurusan kampus kerana mendakwa tiada makanan disediakan sepanjang cuti umum.
Pelajar itu, yang menggunakan nama pengguna Tik Tok Baynuckal menyiarkan video permohonan maaf melalui akaunnya.
Dalam video itu, beliau berkata: “Saya ingin memohon maaf kepada pihak pengurusan universiti. “Ini kerana sebelum ini saya tersalah faham.
Walaupun kafeteria di kampus ditutup, pihak pengurusan universiti telah mengatur rancangan untuk pelajar yang mempunyai masalah kewangan atau mereka yang menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan makanan.”
Tambahnya, pihak universiti telah menyediakan makanan dan minuman untuk pelajar tetapi tidak dimaklumkan.
“Atas sebab itu, saya dengan rendah hati ingin memohon maaf sekali lagi atas salah faham saya terhadap pengurusan universiti,” katanya.
Video emosi seorang pelajar universiti menjadi viral semalam, di mana dia melahirkan rasa kecewa terhadap pengurusan kampus kerana menutup kafeteria dan menyebabkan dia dan pelajar lain kelaparan selama 24 jam.
Dakwanya, institusi pendidikan di Johor menjangkakan pelajar pulang selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk mengikuti kelas fizikal tetapi pihak pengurusan kampus gagal memaklumkan kepada pelajar bahawa kafeteria di kampus tidak akan beroperasi. -SM