Pakej rangsangan tangani impak koronavirus ke atas pelancongan tempatan
PELANCONGAN Malaysia melancarkan pakej ransangan untuk mengurangkan impak wabak koronavirus atau Covid-19 ke atas iindustri pelancongan tempatan.
Pakej MyExperience sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 itu dilancarkan semalam dengan objektif utama meningkatkan promosi produk-produk pelancongan minat khas (niche product).
Ia membabitkan pengumpulan 500 pakej-pakej niche yang komprehensif dalam terbitan risalah MYexperience.
Risalag iini telah dikemaskini dan ditambah nilai dengan penglibatan 109 pengusaha pelancongan berdaftar yang mempromosi pakej-pakej yang menarik untuk Tahun Melawat Malaysia 2020.
Ia diharap dapat menarik minat pelancong tempatan dan juga pelancong antarabangsa.
Majlis pelancaran ini diserikan dengan aktiviti-aktiviti bercorak interaktif dan berinformasi sepanjang program berlangsung.
Dianggarkan kehadiran seramai 200 jemputan yang terdiri daripada organisasi kerajaan dan swasta, pihak universiti awam dan swasta, serta pihak industri pelancongan.
“Pelancaran booklet MYexperience ini tepat pada masanya dan sangatlah bersesuaian bagi menggalakkan percutian domestik di kalangan penduduk Malaysia,” Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Mohamaddin Ketapi,
Beliau menjelaskan, pakej Myexperience selari dengan inisiatif ‘quick win’ dalam menangani industri pelancongan negara yang turut terkesan susulan daripada krisis COVID-19 yang ketara di peringkat global.
Pakej Myexperience ini boleh diperolehi melalui www.malaysia.travel dan vm2020.malaysia.travel selain dari laman sesawang setiap agensi pelancongan yang terlibat.
Tempoh sah laku pakej yang ditawarkan adalah sehingga penghujung Disember 2020.
Pakej-pakej yang ditawarkan meliputi 23 segmen termasuklah pelancongan sukan, pelancongan ekologi, pelancongan perubatan atau kesihatan, pelancongan pendidikan, pelancongan gastronomi, pelancongan berasaskan gaya hidup serta membeli-belah. – SM