Ekonomi

Pelaburan Oracle RM27 bilion bukti Malaysia destinasi inovasi teknologi di Asia Tenggara

Pelaburan sebanyak AS$6.5 bilion bersamaan lebih RM27 bilion oleh Oracle membuktikan kedudukan Malaysia yang terserlah sebagai destinasi pelaburan digital di Asia Tenggara/
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, ini membolehkan entiti Malaysia terutamanya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan awan termasuk dalam memupuk inovasi dan meningkatkan daya saing global.
Katanya, ia juga merupakan satu langkah penting ke arah merealisasikan visi Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP2030) untuk mewujudkan 3,000 kilang pintar menjelang 2030.
“Keputusan Oracle untuk menubuhkan rantau awan awam pertamanya di Malaysia juga menyerlahkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan digital terulung di Asia Tenggara.
“Jelas sekali, Oracle yakin terhadap terhadap potensi Malaysia sebagai hab inovasi teknologi dan pertumbuhan di Asia Tenggara.
“Sebagai gerbang serantau untuk infrastruktur awan dan aplikasi perisian berpangkalan di Malaysia, kawalan data dan kedaulatan digital penting untuk pelanggan Oracle, terutamanya industri kita yang ingin mengembang atau mengukuhkan sayap ke Asia Tengggara,” katanya dalam ciapan di laman X, pada Rabu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button