Solusi pemulihan ekonomi melalui medium emas-Dr Rukhaidah
Pengasas Angel Group, Dr Rukhaidah menepis dakwaan orang ramai bahawa pelaburan emas di bawah Quantum Metal bukan lah penipuan seperti yang pernah tular di media sosial sebelum ini.
Ulasnya lagi, Quatum Metal merupakan syarikat jual beli emas yang mendapat pegiktarafan patuh syariah dan berdaftar di bawah AMLA Bank Negara malah sudah beroperasi selama 13 tahun.
“Selain dapat pegiktarafan syariah international dan tempatan, QM juga sudah berkerjasama dengan empat bank utama di Malaysia jika betul kami scammer, tidak mungkin pihak bank akan menerima kami.
“Mungkin pada sesiapa yang kata scam, mereka bukan dalam industri. Jika mahu tahu secara terperici seharusnya berjumpa dengan pakar pelaburan emas.” Ujarnya ketika ditemui majlis rumah terbuka bersama-sama anak yatim.
Tambahannya lagi, QM ini turut menyediakan sistem di atas talian untuk melihat pelaburan emas yang boleh dijual beli pada seluruh dunia, (World Trade).
“Sifat emas ini kita beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi namun kita tidak boleh janjikan pulangan kepada pelanggan harga yang tinggi kerana harga emas berubah setiap hari untuk mendapatkan untung emas, kita harus menjualnya ketika harga sedang baik, kerana itu semuanya boleh melihat dari sistem atas talian.
Mengulas lebih lanjut walaupun pembelian emas secara atas talian namun ia boleh memiliki juga secara fizikal dan boleh mengeluarkan di beberapa tempat tertentu.
“Jika sudah jual emas tersebut akan masuk di GSA, selepas itu boleh mengeluarkan sebanyak 30 kilo emas (Gold Bar 999) di Ar Rahnu tekun atau boleh pergi ATM mesin QM yang berada di Petaling Jaya dan di Pulau Pinang.
Angel Group merupakan kumpulan yang terbesar di mana menyediakan kelas kesedaran untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan emas.
Syarat untuk kemasukan ke Angel Group ini perlu berdaftar dengan ejen yang sah berdaftar dengan permulaan modal RM150 untuk pelaburan dalam emas.
Jumlah penyertaan QM kini 500,000 orang di seluruh Malaysia, di bawah Angel Group mampu meningkatkan penjualan sebanyak RM3 bilion dalam masa satu tahun bersama agen berdaftar sebanyak 250,000 lebih.
Artikle berkaitan
Angel Group mampu lahirkan 100 orang jutawan dalam masa tiga tahun melalui pelaburan emas