Uncategorized

Pejuang Palestin hujani 200 roket ke arah Israel

Keganasan berterusan untuk hari keempat di Jerusalem selepas pasukan pejuang Hamas melancarkan lebih 200 serangan roket ke arah ibu negara Israel, Tel Aviv setelah serangan udara Israel menghancurkan sebuah menara pejabat di Gaza yang membunuh lebih 32 orang rakyat Palestin.

Di Tel Aviv, siren serangan udara terdengar di sekitar bandar yang menjadi sasaran pejuang Palestin.

Media antarabangsa melaporkan penduduk Israel berlari mencari tempat perlindungan di tengah bunyi letupan ketika peluru berpandu pencegat melayang ke langit.

Keganasan bermula selepas ketegangan di Jerusalem ketika umat Islam berpuasa yang menyaksikan pertempuran antara polis Israel dan penunjuk perasaan Palestin di dalam dan sekitar Masjid Al-Aqsa tempat suci ketiga umat islam. Ia meningkat dalam beberapa hari terakhir Ramadan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button