Politik

Peja, Ronald, Radzi menang Naib Presiden Bersatu

TIGA pemimpin utama dalam Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) iaitu Datuk Seri Faizal Azumu, Datuk Seri Ronald Kiandee dan Datuk Dr. Radzi Jidin menang jawatan Naib Presiden.

Faizal atau Peja yang juga Bekas Timbalan Presiden dan yang juga Ketua Bersatu Bahagian Tambun meraih sebanyak 9,278 undi.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi Jawantankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi bagi penggal 2024/2026.

“Dua penyandang tetap Mohd. Radzi memperolehi undian tertinggi iaitu sebanyak 11,690 undi dan Ronald Kiandee 11,295 undi,” kata beliau.

Bagi jawatan Pengerusi Tetap Bersatu pula dimenangi Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah dengan undi sebanyak 10,152 manakala Timbalannya Mohd Hanafiah Hamzah pula mendapat 7, 331.

Menurut Abdul Azim. pemilihan itu dilakukan di 169 bahagian telah bersidang, menjalankan pemilihan dan pengundian peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) .

“Sejumlah 74 Bahagian telah menjalankan pemilihan di peringkat bahagian dan baki 95 bahagian telah mencatatkan kemenangan tanpa bertanding bagi semua jawatan,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button