Berita

Peguam abang bas bakal ambil tindakan undang-undanv terhadap selebriti dan netizen

PEGUAM Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak tertentu termasuklah selebriti dan netizen kerana didakwa menimbulkan syak wasangka terhadap Abang Bas.

Tindakan itu dibuat susulan pihak keluarga menerima kecaman hebat daripada warganet berikutan kes yang dihadapi Abang Bas.

Ujarnya, pihak mereka sudah mengenalpasti individu-individu tersebut memandangkan selama ini keluarga pemuda terbabit dikecam teruk di media sosial.

“Semuanya bergantung kepada subjek ahli keluarganya, sebab selama ini pelbagai kecaman dibuat di media sosial terhadap ‘Abang Bas’.

“Sudah tentu kita sudah mengenal pasti mereka…ramai, keluarga mengarahkan mereka (warganet) disaman,” ujarnya.

Oleh sebab itu, peguam menyarankan agar pihak-pihak berkenaan bersiap sedia mencari dana apabila ditahan kelak memandangkan sebelum ini Abang Bas telah dikecam tanpa belas ihsan sewaktu dalam tahanan.

“Pecahlah mana-mana tabung yang ada, kira siap-siap jadi senang nak kira nanti. Selama ditahan, dia dikecam tanpa belas ihsan,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau memaklumkan individu-individu berkenaan masih lagi diberi peluang untuk membuat permohonan maaf kepada ahli keluarga Abang Bas jika tidak mahu tindakan undang-undang diambil.

Dalam pada itu, Zaharil juga menyatakan yang akan membantu mendapatkan semula bas sekolah pemuda terbabit yang disita pihak polis untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, video tular memperlihatkan pemandu bas menggelar seorang penumpang bas yang dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang yang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’.

Perkongsian tersebut telah mendapat kecaman ramai dan tidak sesuai sehingga boleh dianggap sebagai satu bentuk gangguan seksual kepada kanak-kanak.

Susulan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) membuat laporan polis mengenai satu hantaran yang tular di media sosial

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button