Nasional

Pegawai polis dibunuh tidak benar

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memberitahu gambar seorang wanita yang didakwa pegawai polis mati dibunuh adalah tidak benar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, satu laporan polis juga telah dibuat oleh pegawai polis tersebut.

“Pegawai polis wanita berkenaan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu di Klang pagi semalam.

“Video itu dianggap mengancam keselamatan pegawai polis berkenaan dan PDRM mengklasifikasikan kes itu sebagai satu bentuk ugutan jenayah,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Menurut Fadzil, kes kini disiasat di bawah Seksyen 509 kerana perbuatan mengaibkan kehormatan dan satu kertas siasatan berhubung kes ini telah dibuka.

Jelasnya, pihaknya juga akan menyiasat siapa individu yang menyebarkan gambar dan video tersebut di laman sosial.

Dalam pada itu, PDRM dalam satu kenyataan berkata berita yang mengaitkan pegawai polis wanita itu dengan kejadian bunuh adalah tidak benar sama sekali.

Semalam, tular gambar seorang wanita diikat tangan serta kakinya dan dibunuh secara kejam di media sosial.

Turut dipaparkan ialah gambar seorang pegawai yang didakwa mangsa kejadian bunuh itu. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button