NasionalNegeri

PBT disaran bersama penggiat industri pelancongan tingkat fasiliti awam – Raja Muda

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sempena dengan Tahun Melawat Perlis 2024-2025 ini supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bersama-sama seluruh penggiat industri pelancongan akan sama-sama berusaha keras mencari ruang bagi menambah baik segala fasiliti dan kemudahan awam yang disediakan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan santap di Dakshin’s Restaurant di 18, Street 306, near of St. 51, BKK 1, Phnom Penh City, Kemboja

Baginda bertitah, ianya supaya dapat memberi lebih keselesaan dari aspek keselamatan, kebersihan, keceriaan dan susun atur kepada para pengunjungnya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berkenan berangkat melancarkan Promosi Masakan Perlis di Dakshin’s Restaurant di 18, Street 306, near of St. 51, BKK 1, Phnom Penh City, Kemboja, Ahad lalu.

Keberangkatan tiba Baginda ke program yang dianjurkan oleh restoran yang menyajikan makanan India berkenaan pada kali ini adalah dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Yayasan Tuanku Fauziah (YTF), dan Pertubuhan Glokal Ihsan Malaysia itu disambut oleh pengusahanya, B. Pannirselvam dari Singapura.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melawat Dakshin’s Restaurant di 18, Street 306, near of St. 51, BKK 1, Phnom Penh City, Kemboja

Restoran berkenaan turut mempunyai sebuah cawangan di Siem Reap.

Hadir sama mengiringi Baginda ialah Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim; dan isteri, Datin Masdiana Mohamad. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button