Nasional

Pavilion Malaysia Terima 1.1 Juta Pengunjung & Sasaran Berjumlah RM70 Bilion

Sepanjang penganjuran Ekspo 2020 Dubai sehingga 29 Mac 2022, Pavilion Malaysia telah menerima 1.1 juta pengunjung.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan semasa tiba di Dubai selepas lawatan rasmi tiga hari ke Qatar sejak Sabtu lalu.

Kata Perdana Menteri lagi, Malaysia juga telah melebihi sasaran potensi nilai perdagangan, pelaburan dan business leads berjumlah RM70 bilion secara keseluruhan bagi 26 program mingguan di Ekspo 2020 Dubai.

“Nilai ini telah diperolehi melalui 131 Memorandum Persefahaman atau Perjanjian Perkongsian, dan pertanyaan perniagaan melibatkan sejumlah 4,558 mesyuarat, termasuk potensi padanan perniagaan (business matching),” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button