Nasional
Pasukan Ebit Lew berjaya masuk ke Gaza
Pendakwah bebas Ebit Lew yang kini menggerakkan misi kemanusiaan ke Gaza Palesti memaklumkan berjaya masuk ke negara yang sedang bergolak itu.
Menurut ciapan ke twitter Ebit dan pasukannya yang merupakan kumpulan pertama dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas tercetus perang pada bulan puasa lalu.
“Syukur pada Allah Team kami berada di Gaza Palestin. Kami masuk diiringi Tentera Mesir dgn kereta berperisai sepanjang perjalanan. Menurut kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir kami team pertama yg dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru ini,” katanya.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussen yang banyak membantu melancarkan urusan berkenaan.