Pasangan didakwa proses dadah di unit kondo
GEORGE TOWN: Sepasang suami isteri didakwa di mahkamah majistret di Balik Pulau kerana menjalankan makmal dadah di unit kondominium mereka di Bayan Lepas.
V Jasline, 31 dan Karthi 34, yang menggunakan satu nama, didakwa menawarkan unit kediaman mereka untuk mengedar dadah jenis methamphetamine, heroin dan monoacetylmorphine.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di 118 Putra Place, Persiaran Bayan Indah, dari 16 Mac 2018 hingga 7 Jun 2020, mengikut Seksyen 39B(1)© dan 39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pasangan itu telah ditahan sejak 31 Jan.
Penolong Kanan Pendaftar Muna Maria Azmi, yang bersidang sebagai majistret, menetapkan 12 April ini untuk pengurusan kes.
Pendakwaan dijalankan oleh Nurul Atikah Ab Rashid manakala tertuduh diwakili Yagoo Subramaniam.