Politik

Pas minta SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap

Pas menggesa pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menurunkan papan iklan yang didakwa cuba mengapi-apikan perkauman dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, papan iklan yang dibentangkan oleh Pakatan Harapan (PH) itu didakwa menunjukkan maksud ayat dalam bahasa Cina tidak sama dengan bahasa Melayu.
“Ini bercanggah dengan peraturan pilihan raya yang mana terjemahannya bukan menterjemahkan tulisan bahasa Melayu kerana tulisan bahasa Cina lain.
“Ia tidak sepatutnya berlaku, mungkin sebahagian besar orang Melayu tidak faham, tetapi pemantau SPR ini sepatutnya memahami semua bahasa dalam papan iklan tersebut.
“Mana-mana papan iklan yang dibentang dan dipamerkan tanpa kelulusan juga sepatutnya boleh diambil tindakan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.
“Sentimen itu cuba ditanamkan dengan kebencian dan terang-terang bercanggah dengan 3R (kaum, agama, raja) yang menimbulkan sentimen bangsa walaupun tidak disebut Melayu atau Cina.
“Akan tetapi gelombang hijau tersebut merujuk kepada kebangkitan rakyat Malaysia mengundi PN iaitu istilah yang digunakan oleh DAP sebelum ini,” ujarnya.
Tuan Ibrahim turut menggesa orang ramai untuk keluar mengundi awal dan memastikan undian dilakukan kepada PN.
“Insya-Allah, kita harapkan Sungai Bakap kita mengekalkan kemenangan dan pastikan undi anda kepada PN walau siapa kita sekalipun.
“Pastikan kemenangan PN dapat kita kekalkan di Sungai Bakap ini,” tegasnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button