Politik

Pas minta pengundi Sungai Bakap pilih ‘Abang Abidin’ untuk perjuang isu mereka

PAS meminta pengundi di Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap supaya memilih calon Perikatan Nasional (PN) supaya isu-isu yang masih tertunggak dapat diperjuangkan.

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, amat penting untuk pengundi menghantar wakil rakyat daripada PN ke DUN Pulau Pinang mewakili Seberang Perai Selatan dan memastikan khidmat bakti ADUN sebelum ini diteruskan.

Katanya, Allahyarham Nor Zamri Latiff ternyata seorang wakil rakyat yang berdedikasi dalam memberikan khidmat baktinya kepada masyarakat terutama pengundi diwakili beliau dalam DUN Sungai Bakap.

Katanya, selama 10 bulan Allahyarham Nor Zamri memperjuangkan isu masyarakat setempat dengan meletakkan kepentingan penduduk sebagai keutamaan beliau.

Menurutnya, walaupun ada pihak meremehkan calon PN tidak sepadan calon lawan, namun tegas beliau, calon dipilih adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan membawa isu-isu mereka supaya diketengahkan.

“Salah satu isu utama yang akan diutamakan adalah masalah air di Sungai Bakap, terutama di Taman Widuri, di mana penduduk terpaksa menunggu sehingga tengah malam untuk mendapatkan bekalan air.

“ADUN kita sebelum ini telah membawa memorandum kepada kerajaan bagi menyelesaikan masalah ini. Kerajaan gagal menangani isu air yang berlarutan sejak enam tahun lalu,” katanya pada Ceramah Perdana PN di UDM Puteri Gunong, Sungai Bakap malam tadi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button