Politik

Pas minta diberi peluang bertanding DUN Nenggiri

Dewan Pemuda Pas Kawasan Gua Musang mencadangkan agar calon parti itu diberi peluang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan.

Ketuanya. Mohd Habidin Hanipa berkata, atas kesungguhan jentera Pas yang ada di Nenggiri dengan kekuatan peringkat DUN, Unit Daerah Mengundi (UDM) dan Dewan-Dewan yang tidak boleh dinafikan, sudah tiba masanya calon daripada Pas diketengahkan.

β€œDewan Pemuda Pas Kawasan juga bersedia mencadangkan calon yang sesuai, dan sememangnya Pas mempunyai ramai calon yang berkelayakan untuk diletakkan dalam PRK DUN Nenggiri.

β€œPastinya Pemuda Pas Kawasan bersedia dengan 100 peratus komitmen menghadapi PRK DUN Nenggiri dengan syarat calon Pas diberikan peluang bertanding,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 28 Jun lalu, Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkanΒ  tarikh 17 Ogos depan sebagai tarikh PRK DUN Nenggiri.

Pilihan raya berkenaan diadakan berikutan berlaku kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan hilang keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 13 Jun lalu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button