Pas cuba mencetuskan huru-hara dalam Pakatan Harapan
PAS sedang cuba untuk mencetuskan huru-hara dalam Pakatan Harapan melalui pendirian terbaharu mereka, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ini adalah gimik Pas. Mereka tewas teruk ketika pilihan raya. Dan sekarang mereka mahu menggunakan jalan lain,” kata Anwar kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan serantau mengenai keamanan bersama di Shah Alam hari ini.
Anwar berkata, Pas berniat jahat dan hanya mahu mencetuskan huru-hara dalam Pakatan Harapan.
Namun, katanya, Pakatan Harapan tidak akan terperangkap dengan agenda Pas itu.
“Saya sentiasa berhubung dengan pemimpin-pemimpin (dalam PH) dan kami kukuh. Dalam politik terdapat petualang, ada rundingan rasuah, ada orang yang takutkan kedudukan mereka sendiri, jadi terdapat banyak rundingan dalam kalangan sekutu politik,” katanya. -SM