Politik

PAS adakan mesyuarat tergempar selepas UMNO tarik balik sokongan

PAS akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan tentang keadaan politik semasa dan kedudukan pemerintah.

Timbalan Presiden parti, Tuan Ibrahim Tuan Man mengatakan perbincangan itu diadakan berikutan keputusan UMNO yang menarik sokongan terhadap pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keputusan mengadakan perbincangan tergempar PAS ini juga disebabkan oleh Ahli Parlimen UMNO, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah mengundurkan diri sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli hari ini. “Kami akan mengadakan pertemuan segera,” katanya kepada FMT.

Petang tadi, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan Kerajaan Pakatan Nasionl dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin sebagai Perdana Menteri.

Keputusan ini dibuat kerana UMNO memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.  – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button