Nasional

Parlimen: Keutamaan adalah keselamatan – Takiyuddin

KERAJAAN perlu mempertimbang keselamatan dan kesihatan para pegawai yang akan bertugas ketika Parlimen akan bersidang pada 18 Mei nanti.

Hal demikian bagi mengelakkan pegawai dan kakitangan Parlimen terdedah dengan risiko jangkitan Koronavirus (Covid-19) ketika bertugas.

[BACA] Penyelewengan bantuan: Wira Putra buat laporan polis — Suara Merdeka

Ini kerana, negara masih lagi berada dalam tahap pengawalan dan tindakan melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik itu.

Perkara berkenaan dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan berhubung persidangan Parlimen tidak lama lagi.

Menurut beliau, pandangan dan cadangan daripada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) adalah tidak menggambarkan pemahaman terhadap susunan keutamaan.

“Kerajaan mengambil maklum tentang pandangan dan cadangan yang disuarakn, namun percaya ia bersifat pramatang, sempit dan gagal memahami keutamaan.

“Keputusan adalah berdasarkan perkembangan semasa serta langkah segera dan penting bagi membantu rakyat menangani kesan-kesan jangka pendek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

[BACA] UMNO tidak dalam dilema – Respon kepada Kian Ming — Suara Merdeka
[BACA] Megat D Shahriman lepas jawatan Presiden Persatuan Kanu Malaysia — Suara Merdeka

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Majlis Presiden PH berhubung Sidang Parlimen yang ditetapkan pada 18 Mei ini.

Menurut kenyataan tersebut, PH membantah sesi jawab lisan dan usul-usul yang tidak dibenarkan dalam sidang satu hari itu.

Bagaimanapun tambah Takiyuddin, negara hampir berjaya dalam menangani Covid-19 dan tidak mahu usaha itu terjejas akibat fokus kepada Sidang Parlimen tanpa memikir keselamatan semua pihak terlibat.

“Kerajaan tidak bersedia mengambil risiko sebaliknya, terutama apabila ia didasarkan kepada pertimbangan serta keputusan negara lain.

“Kerajaan percaya, kita bukanlah berdepan pertandingan siapa lebih popular. Tetapi, keutamaanya ialah siapakah yang paling berkesan.

[BACA] Kemenangan kepada pendengki, netizen simpati terhadap Ebit Lew — Suara Merdeka
[BACA] Agong zahir sokongan PKP dilanjutkan — Suara Merdeka

“Kerajaan akan terus dipandu oleh nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan pakar berkaitan bagi menjamin keputusan dan tindaktanduknya,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button