Rencana

Parlimen hari ini umpama filem High Noon

SENATOR Tan Sri Dr. Rais Yatim mengibaratkan Dewan Rakyat yang akan bersidang hari ini seumpama filem ‘cowboy’ High Hoon lakonan Gary Cooper dan diarahkan oleh Fred Zinnemann

Filem itu berpusat pada seorang marshal yang berbelah bahagi antara rasa tanggungjawabnya dan cintanya kepada pengantin barunya dan dalam masa yang sama berhadapan dengan sekumpulan sekumpulan pembunuh yang datang ke kota yang dijaganya seorang diri.

“Isnin semacam filem High Noon lakonan Gary Cooper. Pembangkang kata (Datuk Seri) Anwar ada 108 AP/MP termasuk blok Dr. M 6 orang.

“Kerajaan ada 114 selepas kira punya kira. Kira-kira buah kerayong, berniaga tentu nak untung. Dewan Rakyat akan dapat Tuan Yang Dipertua baru,” ciap  Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Negeri Sembilan itu.

High Noon diterbitkan pada tahun 1952 dan menang empat anugerah Academy.  Filem itu berlatarbelakangkan Hadleyville, sebuah bandar kecil di Wilayah New Mexico.

Ceritanya mengenai Marshal Will Kane lakonan Gary Cooper yang baru berkahwin dengan Amy Fowler, bersiap sedia untuk bersara.

Pasangan pengantin baharu itu merancang untuk berpindah ke bandar lain bagi memulakan hidup baru dan membesarkan keluarga serta membuka sebuah kedai.

Namun, ada berita bahawa penjahat yang Kane penjarakan, Frank Miller telah dibebaskan dan akan tiba di  stesyen kereta api Hadleyville pada waktu tengah hari.

Geng Miller termasuk adiknya Ben, Jack Colby, dan Jim Pierce menunggu ketibaan penjahat itu di stesen kereta api dengan bermaksud untuk membalas dendam terhadap Kane.

Bagi isteri Kane, Amy Fowler penyelesaiannya adalah mudah iaitu mereka tinggalkan bandar sebelum Miller tiba.

Tetapi rasa tanggungjawab dan kehormatan Kane kuat. “Mereka membuat saya lari,” katanya. “Saya tidak pernah lari dari orang lain sebelum ini.” Selain itu, katanya, Miller dan gengnya akan memburu mereka jika melarikan diri.

Amy memberi Kane kata dua, dia akan pergi ke kereta api tengah hari, dengan atau tanpa Kane.

Kane meminta bantuan kawan lama dan sekutu, tetapi tidak ada yang mahu menolong. Hakim Percy Mettrick yang menjatuhkan hukuman ke atas Miller, melarikan diri dengan menunggang kuda, dan mendesak Kane untuk turut melarikan diri.

Penolong Kane, Harvey Pell yang tidak dicalonkan untuk mengantikan dirinya, mengatakan bahawa dia akan berjuang bersama Kane hanya jika Kane mengesyorkan dirinya sebagai penganti.

Tidaklah jelas dalam Dewan Rakyat nanti siapa yang memainkan watak Marshal Will Kane, gerombolan penjahat Frank Miller, hakim Percy Mettrick mahupun  pengantin baharu Amy Fowler. Semuanya bergantung kepada tafsiran masing-masing.

Namun rakyat pasti akan ternanti-nanti adakah adegan perang mulut seperti yang biasa berlaku di Dewan Rakyat yang mulia itu mungkin bertambah hebat.

Lebih-lebih lagi apabila yang ahli Parlimen yang dahulunya menjadi kerajaan kini menjadi pembangkang dalam tempoh 22 bulan. Mungkin juga rasa marah dan dendam akan diluahkan dalam Dewan Rakyat nanti.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button