Sukan

Paralimpik: Cheah Liek Hou sumbang emas kedua

ChEAH Liek Hou mencipta sejarah dengan menjadi pemain pertama negara memenangi pingat emas dalam acara badminton di Sukan Paralimpik 2020 dan yang kedua buat Malaysia di Tokyo, sebentar tadi.

Liek Hou beraksi bagi kategori SU5 bukan sahaja menewaskan pemain nombor satu dunia, tetapi juga musuh tradisi yang jauh lebih muda darinya Dheva Anrimusthi dari Indonesia dengan 21-17, 21-15 dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Kebangsaan Yoyogi.

Pemain berusia 33 tahun itu menjadi penyumbang emas kedua kepada kontinjen negara selepas jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin memenangi emas pertama minggu lalu.

Ini adalah kali pertama sukan badminton di pertandingan di Sukan Paralimpik.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button