Nasional

‘Kaulah palatau’

Analisis

KALAU tidak mahu dilabel netizen sebagai ‘palatau’ lebih baik diam daripada berkata sesuatu yang bukan kepakaran kita.

‘Palatau’ kini jadi satu tren yang tular dalam media sosial dicetus oleh netizen sendiri daripada perkatan ‘kepala tahu’.

Ringkas tetapi sesuai dilabel kepada mereka yang menjadi pakar dalam sesuatu bidang secara tiba-tiba.

Terutama terhadap wabak yang sedang tular sekaran iaitu Novel Coronavirus.

Sejak penularan tersebut, ramai netizen berluma-lumba kehadapan menjadi ‘palatau’, bukan sahaja dalam media sosial malah menerusi aplikasi Whatsapp dalam telefon pintar.

Masing-masing cuba memberitahu masyarakat tentang bahaya Coronavirus, risiko jangkitan dan perkembangan terkini penularan wabak.

Negatifnya, sikap berlumba-lumba itu menyebabkan banyak berita-berita tidak benar disebarkan sehingga menyusahkan pihak berkuasa.

[BACA ARTIKEL] Sorotan 2019: Limpahan berita palsu dalam 2019 – Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Coronavirus: kerani bank ditahan sebar berita palsu — Suara Merdeka

Insiden ‘palatau’ bukanlah perkara baharu, kalau kita imbas semula insiden menggemparkan negara iaitu kehilangan pesawat MH370 pada 2014.

Ketika itu terlalu banyak andaian dan teori konspirasi sehingga menyebabkan sebahagian besar netizen percaya dan bertindak menyebarkannya.

Tidak cukup dengan itu, muncul pula pihak mempertahankannya dengan ilmu yang diperoleh melalui carian dalam internet dan secara tiba-tiba menjadi pakar, palatau.

Dialog ‘palatau’ yang lazim didengar seperti, “bapa saudara seorang tentera bertugas ditempat… dia melaporkan terdapat banyak mayat terdampat.”

Selain itu ada juga netizen berkata, “bapa saudara jiran bekerja di Jabatan Penerbangan Awam mengesahkan pesawat MH370 ada mendarat di Pulau… bersama semua penumpang.”

Selain kes-kes berkenaan, bermacam-macam lagi isu yang menyebabkan ‘palatau’ ini muncul seperti isu harga minyak, ekonomi negara, harga tol dan sebagainya.

Justeru, bagaimana hendak mengelak daripada dilabel sebagai ‘palatau’? Berhenti tular mesej tidak benar atau tidak pasti dan usah bergantung daripada maklumat dalam internet.

Bersederhana dalam memberi pandangan dan rujuk orang yang lebih pakar untuk mendapatkan pengesahan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button