AgamaNasionalpilihan

Pakej Umrah Rahmah, agensi pelancongan diseru beri sokongan

PARA pengusaha agensi pelancongan diseru memberi sokongan kepada kerajaan untuk menawarkan Pakej Umrah Rahmah, bagi membantu golongan B40 yang ingin menunaikan ibadah umrah sekali seumur hidup mereka.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata, kementerian sentiasa menggalakkan pengendali umrah mewujudkan Pakej Umrah Rahmah ini.

Katanya, syarikat penerbangan serta pengendali penginapan di Makkah dan Madinah boleh berbincang bersama untuk mendapatkan harga yang berpatutan bagi menawarkan Pakej Umrah Rahmah.

“Saya yakin berdasarkan kredibiliti dan kemampuan agensi pelancongan tempatan, mereka mampu memberi pakej harga terbaik terutama kepada golongan yang tidak berkemampuan.

“Tahun ini, MOTAC berharap lebih banyak Pakej Umrah Rahmah diperkenalkan kerana melalui data yang kita ada, banyak syarikat didapati mempunyai kemampuan untuk melaksanakan pakej seumpama ini.

“Contoh yang dapat kita lihat di sini, usaha Andalusia memperkenalkan Pakej Umrah Rahmah adalah tindakan yang positif untuk membantu golongan B40 dan golongan kurang mampu,” katanya selepas merasmikan pelancaran Pakej Umrah Rahmah CSR Andalusia di Wisma Andalusia petang semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Ibrahim Mat Sin dan Pengarah Merangkap Penasihat Undang-undang Andalusia, Ida Riswana Idris.

Khairul Firdaus berkata, beliau percaya pakej ini tidak merugikan atau membebankan syarikat, malah membantu masyarakat yang ingin menunaikan umrah untuk kali pertama.

“Saya berharap dan sangat menggalakkan syarikat pelancongan umrah Malaysia dapat membuat pakej yang sama dalam kapasiti kemampuan masing masing bagi merealisasikan saranan kerajaan Malaysia Madani,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Malaysia juga akan mewujudkan Hab Umrah di rantau Asean termasuk China, Jepun dan Korea tidak lama lagi.

Beliau berkata, perancangan itu dilihat bakal membantu agensi umrah selain menjadikan industri pelancongan Islam di negara ini semakin berkembang. Menurutnya, sudah tiba masanya Hab Umrah diwujudkan bagi menjadikan Malaysia sebagai hab percutian dan umrah.

“Perkara ini akan dibawa ke kabinet untuk dibincangkan termasuk mengenai insentif kepada penggiat agensi pelancongan. Diharap Hab Umrah ini dapat diwujudkan tidak lama lagi,” katanya lagi. – SM 

Artikel berkaitan > Andalusia Travel tawar pakej Umrah Rahmah serendah RM5,590

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button