Pak Salleh boleh buka semula restoran Isnin depan, kata PM
PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin memberi bayangan pemilik restoran, food trak dan gerai makanan akan dibenarkan beroperasi bermula Isnin depan.
Muhyiddin berkata pemilik restoran seperti Pak Salleh boleh mula membersihkan restoran, pinggan, sudu, periuk dan lain-lain alat memasak, menyusun meja dan kerusi dan beli stok barang-barang mentah.
“Pastikan meja disusun dengan jarak sekurang-kurangnya 2 meter antara satu meja dengan meja yang lain. Ini penting supaya di tengah-tengahnya ada ruang yang agak luas untuk pelanggan dan pekerja lalu, dan ada
jarak yang selamat antara pelanggan yang makan di situ.
“Untuk pastikan penjarakan sosial ketika pelanggan makan, Pak Salleh boleh letak notis di setiap meja hanya satu orang, dua orang atau tiga orang dibenarkan makan bergantung kepada saiz meja,” kata Muhyiddin.
Muhyiddin berkata, banyak persediaan yang perlu dilakukan oleh Pak Salleh sebelum boleh membuka semula restoran.
Dia perlu membuat garisan di lantai depan kaunter bayaran dengan ukuran satu meter antara satu sama lain. Ini untuk memastikan pelanggan beratur dengan jarak sekurang-kurangnya satu meter di depan atau di belakang pelanggan yang lain ketika mereka hendak membuat bayaran.
Pak Salleh juga perlu sediakan hand sanitizer di kaunter bayaran. Pelanggan yang sudah bayar boleh menggunakan hand sanitizer untuk membersihkan tangan. Dia juga perlu sediakan sabun yang mencukupi di tempat basuh tangan.
Menurut Muhyiddin, Pak Salleh juga perlu menyediakan penyembur pembersih meja yang mencukupi. Setiap kali selepas pelanggan makan pekerja perlu membersihkan meja segera sebelum pelanggan lain duduk.
“Beli face mask. Beri kepada pekerja dan pastikan mereka pakai face mask setiap masa. Pak Salleh pun kena pakai face mask.
“Pada hari pertama restoran dibuka, seboleh-bolehnya periksa suhu badan pelanggan sebelum dia dibenarkan masuk ke restoran. Boleh guna alat pengimbas suhu yang sesuai untuk periksa suhu badan
pelanggan.
“Catat nama dan nombor telefon pelanggan serta tarikh dan masa mereka datang ke restoran. Ini penting kerana jika ada kes positif. Ini penting kerana jika ada kes positif yang melibatkan salah seorang pelanggan, pelangganpelanggan lain yang datang pada hari itu boleh segera dikesan,” kata Muhyiddin.
Menurutnya langkah itu penting untuk pastikan supaya tiada pelanggan Pak Salleh yang terkena jangkitan COVID 19.
Muhyiddin berkata, semua pemilik restoran, food truck dan gerai makan yang lain pun mesti buat perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh Pak Salleh.
“Kalau semua dah buat begini, pelanggan-pelanggan boleh datang makan di restoran atau beli makanan dengan rasa selamat. Jika masih was-was, bungkus sajalah. Tak perlu makan di restoran. Ini mungkin lebih baik,” kata Muhyiddin.-SM